Wednesday, August 25, 2010

Geylang Si Paku Geylang

Ms. Butterfly says "Feel free to voice out." It's at the bottom. Have fun reading my entry first alright! Love you all! ;)

“Geylang si paku Geylang. Geylang si rama-rama~ Pulang marilah pulang, marilah pulang bersama-sama~ Pulang marilah pulang, marilah pulang bersama- sama.”

Teringat tak lagu yang sering dinyanyikan waktu kecil- kecil dulu? Haa!
Asal boleh hembus tapi makna pun tak tahu kan. Okk. Sempena bulan mulia ini, i nak sampaikan mesej- mesej kepada orang kita terutamanya di luar sana. Buuuuukan ceramah. Mesej akan disampaikan secara ringkas memandangkan i tengah demam panas sewaktu mengarang ni. But yea, terpaksa bercengkang mata kerana i miss this blog.

Anyways, topic kita kali ini adalah mengenai Geylang! Yes Geylang Serai, bazaar Ramadhan, heloo, what were you thinking? Nak Geylang lorong, tunggu k~ Erm2! Seperti tahun- tahun yang lalu, i tak akan lepaskan peluang untuk ke Geylang, untuk menjamu selera, menghidu peluh orang yang berpusu- pusu di sekeliling, mencuci mata akan baju- baju dan barang- barang baru, mencubit pipi baby yang kat depan tu. Deria semua on der. So so so, yang pertama kali waktu i ke sana dengan keluarga, macam tak sesak. I ternampak banyak barang Upin&Ipin. Oh i suka! Ada belon, ada patung, ada yang macam wayang kulit tu. Kawaii!! Hehe. Nothing much on the first visit.

Second visit. Ke sana dengan laki i. Maklumla dia terlalu sibuk dengan kerja, nak harapkan hujung minggu je dapat tengok dia sehari. Kita sepatutnya berbuka puasa dengan kawan- kawan i dan kawan- kawan i punya kawan- kawan dan kawan- kawan i punya kawan- kawan punya kawan- kawan gitu. Kesemuanya, tiga puluh orang. Terperanjat juga kan bila tengok meja berderet. Tetapi memandangkan kita kesuntukkan masa dan hanya boleh order lepas waktu berbuka, my husband and i ke tempat abang angkat dia. Phew! Lapang sikit~ Makanan pun saaap da ada.

Apabila menuju ke tempat abang angkat dia, i pun ada fikir- fikir, da buka ke belum? Dan i ternampak seorang perempuan, tindik kening, pakai baju off shoulder ni minum redbull. I pun “Da buka ke? Da buka ke? Saya lapar ni.” Perempuan tu pandang i semacam. Laki i pun “Belum. Tu tak puasa!” Dan i terdengar orang lain cakap “Tak malu, tak puasa, nak mimum depan orang.” Seriously, i da pernah melalui semua ini. Fikir- fikir balik, kental sak. Da la tak puasa. Setakat lagi beberapa minit waktu berbuka, kau nak minum air kat khalayak ramai. Kalau kau uzur pun, gi one corner uh ke gi sorok bawah meja abang buat burger tu. Kalau daging jatuh ke pe, kau dapat juga makan kan.

Enough! Pfft. I taknak terbawa- bawa pula. Tak guna puasa kalau nak mengumpat je. To all those yang ke Geylang ataupun mana- mana public places la eh, dinasihatkan untuk mensihatkan orang- orang yang sebegini;

  1. Yang merokok- we all know you gian bang/kak. Tu sebab ada bulan ni. Untuk menahan segala nafsu.

  1. Yang memakan atau meminum- da sah tak hormat bulan ni langsung. Ada yang sanggup step jadi bangsa lain, beli makanan dari gerai yang jual oink2 tu. Jijik!

  1. Yang berpakaian terdedah- oops! Minta derma sempena bulan ni eh? Berapa sen you nak i selitkan kat tengah- tengah tu? I rasa orang macam you, sepuluh sen cukup? Atleast banyahk dari satu sen.

Harap maklum. Mungkin ada lagi golongan- golongan yang i tak terakan. Okk. Ni pula, tips untuk berpakaian sederhana bila ke bazaar- bazaar k.

  1. Seluar panjang atau skirt panjang, kalau boleh, semuanya bawah paras lutut.

  1. T-shirt je da cukup. NO tank tops/ off shoulders, MAYBE sleeveless accepted. Depends ok. Dan, ni bukan nak gi club. LOL.

  1. Kalau boleh, kasut ye. Sayangila kuku kaki anda. Haha.

  1. Yang suka berdandan, makeup, biar natural. NO NEED to makeup macam drag queen. Makeup tebal- tebal nanti cair~ Gi bazaar, bukan untuk cari jodoh eh~ Kalau ye pun, lelaki tak suka perempuan yang makeup tebal.

  1. Rambut maintain. Khakhakha! Set rambut biar moderate. Nak tinggi- tinggi, masuk bazaar, kalau keluar rambut flat, padan muka.

So so so~ Da kan da kan? Seeeeet! Anyways, don’t forget to visit salah satu kedai kegemaran i, Mellow Fellow, yang bersebelahan Skutah, di Kg. Melayu. Bulan ni, ada promotion. Yang ready, below $20, custom made, around $25.

Ciao!

Wednesday, August 4, 2010

Nak matikan saudara Islam sendiri buat apa?

Ms. Butterfly says "Feel free to voice out." It's at the bottom. Have fun reading my entry first alright! Love you all! ;)

Designs? Cuttings? Spirits? I'm sure most of you pernah terdengar pasal ni kan? I of course la ada support design2 tertentu. Dulu zaman sekolah, campur sana, campur sini, so adalah macam naturally supportive of them kan. Lagipun, family i ada main sana, ada main sini, kawan baik i waktu sekolah lagi, dari team berlawanan. But we still manage to get along well. Wah~ Dah Macam Romeo and Juliet pula kan. But helo! Ni zaman modern! Penutup cerita, tak perlu macam tu! Tak perlu ada yang mati! Cuma nak taknak berkawan je.

Kita semua saudara- saudari Islam. I know at this point of time korang ada yang mengeluh. No, i bukan nak lecture. Tapi bukankan Islam mengajar kita untuk menghormati sesama sendiri. Okaaay~ Im not certified to give a ceramah but hey, straight to the point, BASIC courtesy uh bey~. By the way, makcik yang complain kepada Berita Harian tentang memekaknya escort- escort ni semua, maaf ye? Bukannya selalu jiran awak jadi raja/ permaisuri sehari. :) Must have grand entrance you know. :P Sesiapa yang still not happy, keep on writing in, keep on reporting, police tak boleh buat banyak pasal ni bukan macam main baju.

Walaupun i da lama tak 'membabit'kan diri dalam hal-hal mereka, mereka tetap di dalam jiwa. Maaf ler wahai saudara~ Belum sempat ambil lesen, da accident. Macam mana? LOL! Anyway, sekian lama of not going into Youtube, akhirnya i view juga video- video tuuuuu~ Kalau korang nak mengumpat pasal team(reveal pun no use), yang suka kilas dan jatuhkan budak- budak melayu kita, ok la sikit kan.

I TAK HAPPY bila i da search!! NONO!! because one of the latest video is this!! ;


Ingatkan da cukup da darah up dulu. Amacam boleh gini kan? Sesiapa yang main design- design. Tolong, hormat sesama diri sendiri, please? Kita semua saudara- saudari.

Other videos found on youtube; (take note) ada yang da lama. I bukan nak ungkit- ungkitkan tapi sedar can?



Yang ni embedding disabled so click on the link ok?

Jangan oh jangan~ Tak suka biarkan je. Bukan dapat duit buat gini. Entah- entah, ada Surah kat celah helmet tu, korang main tendang- tendang, main seret- seret je.
"Wahai manusia, sedarlah dirimu~ Hidup di dunia hanya sementara~"




Tuesday, July 27, 2010

Kalau lelaki ada floating caps, perempuan pun boleh banggakan.. .. ..

Ms. Butterfly says "Feel free to voice out." It's at the bottom. Have fun reading my entry first alright! Love you all! ;)

Ada hari tu, lepas i temankan girlfriend ke doktor, kita pergi ke hujung Singapore. Best nya sekian lama terperap kat hujung sebelah sini. I miss hujung sebelah sana. Had a great day. Malamnya kami berpisah pasal i nak jumpa kawan, pergi makan lagi. Sementara tunggu dia, i perhatikan sekeliling. Biasa der.. wa suka people watch. Hhe. I tengok, ramai juga budak- budak yang berkeliaran walaupun da malam. Happening eh hujung sebelah sana tu. Dan i pun dapat perhatikan sesuatu. Handshake handshake, hug for girls, chest to chest for guys. Eh tu common la kan untuk budak- budak umur gitu. I pun dulu macam tu, tapi sekarang salam yang betul sikit la.

Tapi yang paling disturbing adalah Poofs! Poofy- poofy hairs!(Bagi sesiapa yang tak tahu, search saja Amy Winehouse atau Snookie kat net tu. Wa~ Kalau setakat updo minimal ok tau. Ni updo maxi sey! OTT!(over the top!). Kalau lelaki ada floating caps, perempuan pun boleh banggakan poofy hairs. Haa~ I tak mahu letak dalam golongan ape pasal i bukan nak stereotype sesiapa. Tapi makin menjadi- jadi ni! Guys love the original us. Nak tinggi- tinggikan rambut tu, very the poofy buat apa? Nak add height? Eh kecik kan cute. Nak kata ikut fashion(walaupun i bukan pro), ikut la guide kat majalah- majalah. Affordables ones seperti Women’s Weekly, Cleo, mungkin Elle atau Vogue? Ada banyak lagi majalah di pasaran. Internet, fuh! Berlambak!


The OTT updo;



Budak- budak tu, macam nak lawan siapa punya rambut paling tinggi. Sakit wei mata tengok makin tinggi makin tinggi. Bukannya klip ke getah boleh support kan. Yang tinggi- tinggi tu konfem- konfem perlu hairspray ke mousse ke wax ke cream atau paling hardcore, clay. “Girl amaciam?”. “Baik sis baik~, chey rambut maintain nampak macam hari tu”. “Biasa uh~ Aku guna clay, cuci sepuluh kali pun tetap maintain”. *tepuk dahi!* Tu contoh ok. Harap- harap di dunia yang nyata ni, tak ada la case gitu. Botak kepala sey.

Tapi bagus juga eh ada perempuan rambut poofy- poofy gini. Ada spiderweb, boleh kebaskan. Rokok contra, boleh selitkan. Handphone curi, boleh sembunyikan. Benda- benda susah nak slip off kalau da dekat dalam. Macam ada netting gitu, unlike floating caps, buka topi je nasi lemak terjatuh.


The RIGHT updo;







Wednesday, July 14, 2010

Ngada- ngada punya budak kecik~ Ish! Seeeepoilt!

Ms. Butterfly says "Feel free to voice out." It's at the bottom. Have fun reading my entry first alright! Love you all! ;)

“Mak nak game ni. Eh taknak- taknak. Nak yang tu. Eh alamak. Nak ni ngan tu boleh? Pleeeease~”

I terdengar waktu jalan- jalan kat mall. Ewah budak ni~ Ngada- ngada pula. Tak dapat game, mati ke? Dulu time mak bapak kita kecik- kecik, tak ada ni semua la. Dia orang main apa? Main guli, main congkak, main tarik- tarik guna daun kelapa, main wau, main lumpur, main banjir, main bawah ketiak mak. Kalau dapat sen, beli cokelat yang dari kotak Tora ataupun apa tu kotak cokelat lagi satu, yang warna biru gelap?(I need help here), untuk dapat mainan pasang sendiri.

Tengok budak tu. Dia pujuk mak dia untuk belikan dia video game. Patut la kecik- kecik da rabun. Cermin mata tebal pula tu. Duduk depan computer banyak la ni. Mm.. Bukan setakat tu. Montelnya dia~ I macam nak cubit- cubit je. Cuba campak dia kat kampong. Menangis agaknya dia. Hey kampong pun da kira ok tau. Cuba da besar nanti, Perkhidmataan Negara(National Service), menangis agaknya bile kena outfield. Back to the story, im ok with mainan sekarang, tetapi budak- budak sekarang ni betul da ambil kesempatan habis- habisan da. Mak bapak pun ada yang dengar cakap si kecik. Mak bapak yang terlebih manjakan anak, ada da salah guna kuasa. Kalau “Habiskan homework dulu baru boleh main game.” Ok juga kan. Macam threaten gitu. Tapi yang ada “Kalau baby mama pass, mama belikan game.” Ouh so the salah. Very the salah. Nak umpan- umpan, janganlah umpan dengan game ke makan ice- cream(ice- cream sekali sekala ok). Tapi game tu, kalau diumpannya satu game ke satu subjek, tak berlobang kocek tu? Adoi~

Sebenarnya, mainan dulu- dulu ni, lagi best. Dulu- dulu ni pun termasuk mainan tradisi. Sebab ia menggunakan kreativiti dan tak membazir duit. “Mana kau dapat mainan tu ha?”. “Oh. Aku buat sendiri. Nak aku tunjuk kau bagaimana?”. Senang kata, mainan dulu- dulu ni sesiapa pun boleh ada, cuma nak taknak usaha je.I ni bukannya pro nak blog mengenai hal ni sebab i sendiri budak 90-an, very the awal 90-an. Haa~ Time i, brickgames, popular. Computer pun ada- tapi time i computer idiot dulu, bapak yang main game kat computer, selain buat kerja dia. Mak pun taknak la manjakan i dengan kakak sangat dengan mainan.

So, mak ajar kita menggunakan benda- benda yang senang didapati;

- nak loncat- loncat?- sambung getah banyak- banyak, da jadi skipping rope

- nak extra height?- tape kedua- dua hujung skipping rope tu ke dua buah tabung plastic ataupun tin susu cap teko kosong

- nak main ski?- slip on je plastic lauk tu. Kalau tak pun tabur bedak bayak- banyak kat lantai

- nak masak- masak?- Tupperware mak kat dapur yang jadi sasaran, Bukan setakat tu. Botol, sebagai rolling pin untuk roll pasticine and kalau mak tak tengok, alat roti kirai mak yang warna kuning tu, bawak masuk ke bilik air ketika nak mandi. Cool pe tengok air flow out dari alat berlobang- lobang tu. Hhe

- nak main layang- layang?- tak payah beli. Bapak boleh ajar macam mana nak buat menggunakan tracing paper cake mak dengan lidi penyapu.

I tak tahu sangat pasal mainan buatan sendiri budak lelaki pasal adik lelaki i muncul bila i da besar and bapak pun suka manjakan dia dengan mainan yang dibeli.

I guess budak- budak awal 90-an ni pun bernasib baik juga. I tak tahu la pasal budak sebaya i, but i really consider myself lucky. Mungkin kerana keluarga i, mungkin kerana sekolah rendah i. They each played a part in making me more concern about the less fortunate kids. Seperti diperrtengahkan tadi, mak i ajar cari benda- benda yang senang dicapai. Kadang- kala, i suka tidur rumah nenek, sebab rumah nenek ada congkak dan batu serembat. Larut malam tu, dapat la i main congkak dengan tok atau nenek, selain dapat minum milo panas dan makan kuih- muih buatan nenek. Hhe. Yang i tak pass- pass ni, capteh dan takraw. Nampak sah la kaki i ni bukan untuk games. Hhe. Da la kaki bangku. Lol. Sekolah rendah i, banyak menitik berat tentang nak dikatakan banyak hal juga la. Salah satu daripadanya adalah asal usul. Hhe. So you can guess that one of my favourite subjects apart from Physical Education, adalah Social Studies. Ok ok. Haa. Mula i darjah satu, kami telahpun dibawa ke Sports Museum. Waktu tu di dalam National Stadium. Kami belajar mengenai atlit- atlit Singapura dan dibawa ke permainan zaman silam. Wah syioknya dapat main besi tayar basikal tu! Da tu dapat bawak balik benda kuti- kuti yang berwarna- warni! Hhe!

Haa. Fun kan? Fun kan permainan dulu- dulu? Lagi kreatif dan mencergaskan badan dan minda. Like they say “Hidup cergas, otak pun cerdas,”(teringat baju Usop Sontorian mak belikan dulu) Tu baru cerita sedikit je. Nak cerita lagi pasal pengalaman i, sampai esok pagi baru habis. Hhe. Orang- orang yang kat luar tu lagi banyak cerita.

Sampai di sini saja la. So late already. Tak reti nak tidur ke~

Sunday, July 11, 2010

Redirect yourself, yo!

Ms. Butterfly says "Feel free to voice out." It's at the bottom. Have fun reading my entry first alright! Love you all! ;)

Hello! We have moved to " Butterflies Bercakap" on facebook as there is now more then one blogger. Thank you :) Direct yourself and remember to click the LIKE button. Thank you once again :)

Wednesday, July 7, 2010

Terrorist or not?

Ms. Butterfly says "Feel free to voice out." It's at the bottom. Have fun reading my entry first alright! Love you all! ;)

Muhammad Fadil Bin Abdul Hamid. Im sure korang find nama dia familiar right? Just google search and banyak link akan keluar. (Ok, he's not the only one, ada lagi orang yang involve).Apa nak jadi ni. So young. Only 20 years old, serving National Service lagi. What shocked me was, dia tengah undergoing Section Leader Training kat Pasir Laba. Okay, bagi sesiapa yang tak tahu sangat pasal army, meh soldier lady terangkan. In brief, he's trained to be a sergeant at SCS(Specialist Cadet School or the last time SISPEC). But then again, with the new rank structure, it's more complicated if he's an MDE(Military Domain Expert) pasal class berbeza.

Plus now those soldiers yang tak baca news pun da tau pasal CO dialogue sikit hari. -_-"

Back to him. MINDEF berkata, "He attended but did not complete polytechnic prior to his enlistment for NS in September 2009'. 'Investigations have shown that this case involves an individual who took the wrong path." I disagree. His dropping out of school has nothing to do with this. It's his own mindset.

Fadil ditahan on 4th April(now im wondering why the government has been hiding this from us for some time)"had become self-radicalised after searching the Internet for jihadist propaganda and videos. He was influenced by the teachings of radical clerics posted online"
"and became convinced that it was his religious duty to undertake armed jihad alongside fellow militants and strive for martyrdom," said a statement from the Ministry of Home Affairs.

Aiyohhh.. Banyaknya news pasal Fadil ni. Susah nak summarise.

Baca dari sini and you'll be more knowledgeable :) (part army i can explain tapi part MHA, sorry ye...)


Fikirla sikit, kenapa la die buat macam gini. Sedih keluarganya apabila anak dilabel ginikan.. Adoi..



Monday, July 5, 2010

Are you CLEAN?(Play Safe, Get Checked!)

Ms. Butterfly says "Feel free to voice out." It's at the bottom. Have fun reading my entry first alright! Love you all! ;)

As some of you know, im a volunteer with Action For AIDS(AFA), yang mempertengahkan isu- isu mengenai Sex, HIV/ AIDS, heterosexual men dan sebagainnya. Sebenarnya i was more keen to volunteer for the Yellow Ribbon Project sebab i feel more connected to that tapi memandangkan nak apply saja punya la susah! My girlfriend tarik i masuk AFA. Tak menyesal you, nak sebarkan mesej- mesej. You’ll feel a sense of satisfaction knowing that you did something good(duh!) and kurangkan kadar jumlah pesakit HIV/AIDS.

Just some things orang- orang di luar sana patut tahu:
- HIV comes first. AIDS is the later stage.
- NO cure for the disease. Terpaksa harapkan obat- obat yang diberi doktor. And in some cases, obat- obat tu tidak boleh didapati di Singapura because of this bond we have(susah nk explain) with our distributor. So the patient have to go overseas themselves to get the cocktail mixture. NOT CHEAP.
- HIV/AIDS tidak boleh dijangkiti dengan hanya memegang! Jangan nak step ee2! Aku suntik kang!
- Rethink.Remind.Remember. to keep yourself safe! Protection!(many ways, i don’t think i need to explain here.Cheapest:condoms)

I ni nama je sukarelawan tapi statistics, tak ambil tahu sangat. Pernah la duduk dalam meeting room, orang berbual, i tengok motor kat luat tingkap(maklumla Kelantan Lane). Sampai la i terima mag pada suatu pagi ni. Majalah daripada AFA.—First page; Pada tahun 2009, 463 HIV reported case di Singapura. Tak ke macam 1 atau 2 orang setiap hari tu? Tolooooong la.
GET YOURSELF CHECKED WAHAI ORANG- ORANG YANG PATUT DI-CHECK! Lagi- lagi yang ada lebih satu partner ataupun yang pernah buat dengan orang yang ada lebih dari satu partner ataupun budak- budak yang suka suntik- suntik(entah bersih ke tak jarum tu) ataupun yang perna membuatnya dengan kaum sejenis aaaaaaaataupun you feel funny funny like that, get checked!

Ada beberapa buah klinik di merata Singapura yang memberikan khidmat Anonymous test ni. Tapi kalau takut sesat ke ragu- ragu, you can always come down to Kelantan Lane, DSC Clinic. Turun Lavender atau Bugis(Lavender pref), tengok map, da senang nak cari. Haa~ Siapa- siapa tahu kedai Ah Boi ataupun tempat Tengkorak mata merah, dekat situ la! Tidakla mahal sangat pun. Setakat $30 je for first visit. Yang berikutnya tu, depends. I suuuuuusa nak tengok orang- orang melayu ni gi check-up. Apa yang susanya? Tak payah nak malu! Be proud that you are taking safety measures ok?

Going to DSC? (tips)
Bila klinik baru buka, confirm kena queue punya! But don’t fret, in less than seven minutes, you da boleh tunggu untuk counselling(or so they call it). Nak cepat? Can~
1. Tiba di depan pintu klinik, 10 minit sebelum pintu dibuka.
Make sure berdiri kat depan- depan tau sebab orang- orang yang nak datang checkup ni, pintu buka je, macam nak gi shopping Great Singapore Sale!
2. Sediakan $30 di tangan.
Tiba di kaunter, kasi duit, cakap yes je(sebab dia akan tanya “HIV test?”)
3. The pen is mightier then the sword!
Tu sebab it’s useful to have a pen with you everywhere you go! Isi borang. Jangan takut. You just have to fill up funny funny things like first letter, last letter, age range. Some sort gitu. Nothing personal. Once filled up, letak kat tray kat kaunter tu.
4. Duduk diam- diam.
Muka maintain. Jangan nervous sangat cos ni baru ‘counselling’.Tunggu untuk nombor dipanggil. Masuk bilik ni, dia tanya- tanya sikit and then, proceed to jeng3, hadapan bilik checkup.
5. Duduk diam- diam lagi.
Berikan senyuman dan tunggu untuk dipanggil lagi. Sesiapa yang nak buat senamam relaxation tai qi, feel free ye pasal ruang besar.
6. ALAMAK! DA KENA MASUK UH!
Chill~ Senyum- senyum kambing je. Orang yang buat check tu, certified. So muka takyah tense sangat. Dia akan terangkan apa yang akan dilakukan. Saaaap! Kena poke and that’s it! Taa-daa. Macam kena gigit semut. Rasanya BCG time darjah enam dulu lagi sakit.
7. Tunggu untuk keputusan.
Part ni korang nak tense, tense la. Rasanya macam nak terkeluar jantung ni bile tunggu result. Banyak betul yang ada di fikiran. 10minit macam sejam!
8. RESULT.
Mengucap banyak- banyak ye.

So itula dia, the 8 simple steps!
Pada sesiapa yang ingin menjalani Anonymous test ni, dipersilakan pergi di waktu- waktu: (www.afa.org.sg)

Dan kepada orang- orang yang tak mampu keluarkan wang untuk Anonymous test ini, feel free to send me a message on fb, i’ll only help you for your first visit. Yang lebih dari first visit, proceed to AFA office sendiri and tell them your situation, maklumla, AFA ni tak kaya. Duit pun keluarkan sendiri ataupun daripada dana.

Meanwhile, Play Safe, Get Checked! :)

Wednesday, June 30, 2010

Gara- gara Bola. Yes Bola. -_-"

Ms. Butterfly says "Feel free to voice out." It's at the bottom. Have fun reading my entry first alright! Love you all! ;)

So the World Cup has been going on for quiet sometime already and as usual, i lambat untuk mem-blog. Why? Busy la urus banyak benda. Chey! Macam manager la sey~ LOL.

I ni bukannya a BIG fan of bola(i setakat cuci mata je). But orang- orang di sekeliling i ni baik laki ke pompan ke, da kena sampuk ngan hantu bola. Geram je. Log in Facebook, da macam tengok website bola. Update sana sini. My beloved brother, asal ada perlawanan bola and when he’s really tired after a long day of staring at his books, without doing anything, malam- malam akan message i, “Tolong check kan score untuk _____ and _____. Sape score?” Bukannya my beloved handsome brother ni kat tempat lain. Serumah sey. Cuma dia kalau tak tengok bola, tengok wrestling, if not, Simpsons, if not, Family Guy, and now Modern Family(i wished i never forced him to accompany me to watch that in the first place). Now he’s stuck to his bed every night, watching tv and leaving the lappy lying on the floor.

Enough of my beloved handsome brother(cute, tak bedek. He’s a metrosexual in the making), and back to World Cup. Recently, ada berita tentang seorang lelaki melayu yang lemas di Sungai Singapura. Mm. My first thought was, confirm mabuk(memandangkan kawasan tu banyak pubs and bars). Baca punya baca, memang tak terperanjat pun. Diorang sekumpulan tengok World Cup dan minum. Mabuk- mabuk, entah kenapa agaknya jalan kat tepi tu, satu terjatuh, lemas and now he’s gone. Inalillah. Tak sempat diselamatkan. And it also happened that hari tu, hari pertamanya memulakan kerja yang baru. Life~

Bukan tu saja yang diperkecohkan. Nak dikatakan, the whole world is full of kecoh-ness during the World Cup season. Ada yang tikam anak sebab anak menagis ketika menonton bola. Ada adik- beradik yang sanggup putus ikatan pasal si abang main untuk team A and si adik main untuk team B. Yang lagi satu contoh ni, gileeer uh tapi well thought; si girlfriend yang sarat mengandung, balik ke rumah ibunya kerana boyfriend dia terlalu gila kan bola. So they don’t want to interfere in each other’s life while the World Cup is on. Dan si boyfriend ni, da siap beli portable television kecil, lengkap dengan channel bola, in case si girlfriend ni nak melahirkan anak dan dia terpaksa tidur di hospital. Kalau korang tak percaya, gi la lungsuri lelaman internet. Banyak cerita dok!


Hari- hari baca suratkhabar, World Cup, newpaper, World Cup. Aaaaargh! I keluarkan tu section dan letak tepi. Jadi senang la untuk bapak i, beloved brother i dan kakak i baca pasal bola. Oh yes, kakak i pun pemain bola, untuk universitinya. Geram. Looks like i je la anak yang lain di keluarga ni. Heh. Semua bola bola bola, i seorang lelaki lelaki lelaki. What to do~ I am who i am. Hhe.

Sunday, June 27, 2010

To all my HATERS(who hates me for whatever reason)

Ms. Butterfly says "Feel free to voice out." It's at the bottom. Have fun reading my entry first alright! Love you all! ;)

I HAVE TO POST THIS TO MAKE IT CLEAR TO ALL OF YOU.

I don't know why there's this hate thingy. I HATE it! If i don't like you, i'll try to keep it low, i don't like to KECOH unless you really are on my nerves and keep assuming things that i didn't do.I have no time to kenakan orang because i have my own life. Duh! Hidup aku sendiri porak- peranda so jangan think aku nak kucar- kacirkan hidup kau. Menyampah.

Recently, someone used my name for i don't know whatever shit. And i don't like it la sey. Kecoh shit. Im trying to live my life, start anew chilling out everyday, tiba- tiba got someone pok nama say i pass around number. Ni la. Nak ubah, ada life baru pun susah. Tolong la baca my info kat Facebook betul- betul. Once bitten, twice shy tau. Korang pok- pok nama orang buat apa? Dapat duit eh? Tak fikir perasaan orang? Nak sibuk jaga tepi kain orang for what? If you think logically, people talk about you(good or bad) because they envy you in some way. Senang kata jealous. So, please zip your mouth, investigate, get the story straight before coming straight to me. And let say you want to work things out with me, co-operate and tell whatever that is needed to. You ask me i answer, i ask you you ask me again. Where's my answer?

I would have never pass around numbers unless permitted. In fact, i tak akan buat things that are sewaktu dengannya.

My mom taught me about integrity.
INTEGRITY: concept of consistency of actions, values, methods, measures, principles, expectations and outcomes. In western ethics, integrity is regarded as the quality of having an intuitive sense of honesty and truthfulness in regard to the motivations for one's actions.[citation needed] Integrity can be regarded as the opposite of hypocrisy.

So don't think i would do such despicable thing. =X

Friday, June 25, 2010

Best sangat ke Peterporn tu sampai nak pass around?

Ms. Butterfly says "Feel free to voice out." It's at the bottom. Have fun reading my entry first alright! Love you all! ;)

So what? Ariel da serah diri kan. Rilek uh bro. No need to be kecohrable kan. Kecoh pasal Ariel dapat main Luna Maya and Cut Tari? Yang perempuan pun chill k sis, chill. Ariel masuk dalam, Pasha Ungu kan ada~ Lol.

Peterporn, the latest sensation.(sorry seandainya i ni lembab sikit dalam updating about Peterporn. I nak make sure that it’s really him). Wah hebat jugak Ariel eh. Dapat perempuan cun- cun lagi tu. Kita tak boleh salahkan dia. Salahkan teknologi yang di sekeliling kita. Haa. But then again, tangan tu jangan la gatal nak capai- capai alat rakaman. Orang biasa, i don’t really care. For personal use ke for fun ke you punya pasal. Tapi kalau handphone hilang, i suggest you pun baik hilangkan diri cos benda gini spread like wildfire. But Ariel, Ariel~ Diminati ramai, diminati kanak- kanak, remaja- remaja, mak- mak, nenek- nenek(bapak- bapak dengan atok atok tak pernah dengar pula) and look at what you have done. Baaaad booooy. Sebagai seorang yang dikenali ramai, dia patut menunjukkan contoh yang baik. Ok, maybe the Peterporn wans’t intended. Maybe untuk personal use dia jugak. Tetapi, awak tak fikir jauh ke Mr. Ariel? Awak tak pernah terfikir kalau rakaman hilang, apa akan jadi? Ish2~

I tak pernah tengok Peterporn dan i tak ingin pun. Why? I know how they feel. Korang kat keje ke sekolah, mesti passing- passing tu Peterporn kan? Recently artis tanahair kita sendiri, and now this. Stop it eh. Setakat nak tengok, nak komen- komen, stim kering je, for what. Research tunjuk eh. sesiapa yang asyik stim kering tapi tak lepaskan nafsu, mati lagi awal tau. Nak campurkan korang yang hisap rokok, minum, selak biji, bla bla bla, dasyat~ tak lama la hidup tu walaupun korang free of sickness or from accident. Apart from that, berdosa kan tengok benda- benda gini?

Maksiat- maksiat~ Manusia tak pernah bebas dari kesalahan. Di mana salahnya ye. Taubat la wahai manusia. Sedar la kamu sebelum kamu disedarkan. Berdoa la kamu sebulum kamu didoakan. (Sesiapa yang don’t get my last sentence, memang wols.) “Wahai manusia, sedarlah dirimu, hidup di dunia hanya sementara, dekatkan diri padanya~”

Monday, June 21, 2010

Di sebalik makna lagu Alejandro. Ye ke?

Ms. Butterfly says "Feel free to voice out." It's at the bottom. Have fun reading my entry first alright! Love you all! ;)

Lagu Lady Gaga paling i suka, Alejandro, really had me shocked! Tadi petang i browse dia punya video, terdapat video Alejandro. Kira one of the latest or the latest video la. June baru dimuat turun di youtube. Sementara menunggu video loading, i tengok- tengok website lain. Cos i suka sing-a-long lagu ni. Lagi- lagi dalam bilik mandi. Terpekik- terlolong. Sekali;

GUY A: those lyric ( ALEJANDRO,FERNANDO n ROBERTA)are in wht language?

GUY B: ALEJANDRO=man's defender and protector(GOD).
FERNANDO=ardent for peace(JESUS).
ROBERTO=bright or shining fame(HOLY SPIRIT).
HOTTER THAN MEXICO= HELL

Incorporate this into the lyrics:
"Don't bother me Don't bother me Alejandro (God)"
"Don't call my name Don't call me Name Bye Fernando(Jesus)"
"I'm not your Babe (child) I'm not your Babe (child) Alejandro (God)"
"Don't call my name don't call my name Roberto (Holy Spirit)"

In the Bible, the word "Babe" is used in place of "child"
-Exodus 2:6

Another source mentioned "You release this kick-ass song and say the music video will be a tribute to your gay friends. Then you release the video, and it's filled with Nazis and blasphemy. History lesson, kids: which groups have been seen as the most prejudice against gays?"

Haa. Ni gay pun terbabit?

ALAMAK! Selama ni i nyanyi tapi macam panggil- paggil je. Ni yang tak suka ni. Igatkan nama- nama tu nama- nama sexy mat- mat Spain ke pe. Ish. Looks like i kena tukar nama- nama tu semua kepada nama- nama kekasih gelap i la. Adoi~

Bagi yang tak pernah view video Alejandro oleh Lady Gaga, dipersilakan menonton video yang i rasa macam ada unsur- unsur tak hormat kepada agamanya sendiri, tetapi creative. So the Gaga~
--

Monday, June 14, 2010

Ciri- ciri lelaki idaman

Ms. Butterfly says "Feel free to voice out." It's at the bottom. Have fun reading my entry first alright! Love you all! ;)

Kalau tentang lelaki, orang perempuan ni, meeeesti ada benda nak cakap. Lain orang, lain pandangan. Ada suka lelaki yang bersongkok, ada suka lelaki yang pandai masak, ada suka lelaki yang lasak. I personally suka lelaki yang suuuuka manjakan i, macam laki i. Hhe. Sampai naik lemak i dibuatnya.

Sepupu i pernah bertanya “Matrip ke mat motor?”. I pun tenung dia. Memang tak dinafikan, lelaki melayu ni ramai mat; mat bunga, mat ulat buku, mat kental, mat rock, mat motor, mat rempit, mat-air orang, mat-erialistik dan sebagainya. Tapi kenapa mat eh? Mm~ I tanya, selain ni dua mat, tak ada choice lain ke? Dia suruh pilih je la. Pasal i minat motor dan dia tahu i tak suka matrip, thus i diberi tu dua pilihan. So i pilih mat motor sebab i suka motor, bukannya suka mat- mat motor in general. Mat motor ni, ada perangai betul, ada juga perangai tak betul. I pun tanya dia sama soalan. And she chose.. .. .. matrip. -__-“ . Huh? Define sikit matrip tu apa? Dia tunjuk mat- mat yang tengah kecoh- kecoh kat tepi jalan. Ow. I tengok. Mm. Ok. Appearance boleh la. I tak banyak kisah sangat pasal appearance. Tapi tolong la eh. Perangai jaga la sikit Masih segar di ingatan ni, salah satu matrip ni, terlanggar makcik baru balik pasar. Plastik sayur makcik terjatuh, bukannya nak tolong. Dia cakap apa entah(i kan kat dalam bus), terus dia jalan. Tu macam lu pilih? Mak bapak tak approve la wei. Hhe. Kan da minah bercakap.

Memang orang perempuan ni banyak criteria untuk lelaki idaman. Nak lelaki yang bertatu? Lelaki yang kerja government? Lelaki yang kaki clubbing? Lelaki yang ada degree? Banyak la sangat criteria orang- orang perempuan ni. Bukan perempuan je. Lelaki pun sama la juga. Cuma orang perempuan kena lagi leceh pasal kena pilih lelaki yang boleh guide keluarga. Bagi perempuan yang lebih independent and tak harap sangat lelaki yang boleh guide keluarga, tolong jangan abaikan some of the criterias that i akan list down ok? Lagi sihat hubungannya tu. Jangan jadi macam i dulu. Ehsai- ehsai, saaaaap dapat padah bila dapat matair yang panas baran la posessive la. Ish.

Pilih la lelaki yang;

- Telah dikenali minimum tiga bulan. Why? Nak kena pantau dulu perangainya

- Tak lokek berkongsi tentang keluarga dan kawan- kawannya. Atleast you know who to look for in case anything crops up

- Hormat semua golongan masyarakat. Tak kira umur, bangsa, pangkat, pekerjaan. Kita semua sama

- Tak lupa akan soal agama. Tak pandai baca Quran ke tak selalu solat, tak apa. Pelan- pelan sedar. Asalkan tahu asal- usul tu

- Tak hari- hari ajak jumpa. Ni bukan case rindu. Ni case posessive. Trust me.

- Hormat akan keperibadian dan keperluan orang lain. Contoh, never never never give anyone including him, your password for any account even if he pleads. Nampak sah ada udang di sebalik maggi kan?

Nak complete list, pandai- pandai la cari buku- buku kat perpustakaan atau surf net. But then again, learning from materials is nothing then having to go thru it yourself. I da kenal ramai da lelaki- lelaki yang perangai tak betul. Bukan nak kata i ni da 100% betul la. I’ve changed for the better, not changed completely. I da pernah dating dengan mat motor, mat mental, mat mentel, mat drug, mat-air orang pun pernah. Ish. Banyak la lagi mat. Haa.. Ni macam memang sesuai sangat panggil dia orang mat. Nak panggil i minah kalau dulu, memang i boleh terima pasal i sedar. Tapi sekarang, jangan la panggil i minah. Tengok, kenal, berbual dengan i baru you tahu yang i ni da change for the better.

Ok ok. Enough. Baik lelaki, baik perempuan. Choose your partner wisely. Kalau tersalah pilih, jangan menyesal cos you yourself chose that. Yang patah pasti tumbuh, yang hilang pasti berganti. Yang sudah tu sudah. *singing to Imran Ajmain’s Sudah tu sudah*. Kalau down ke apa, datang la kat i. I’ve been thru a lot, hanya Allah je yang tahu plus im a great listening partner. :)